RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

10:30 pm

Siapa sangka di sebuah negara bukan Islam iaitu Sweden masih ada yang berani menegakkan hak nya sebagai seorang Muslim walaupun dia hanyalah seorang perempuan, namun itu lah perkara sebenar yang telah berlaku..Kerjaya sebagai seorang pegawai polis di negara seperti itu bukan lah penghalang untuk seorang Muslimah sejati ini menutup aurat..Kalau korang nak tahu cerita tentang seorang pegawai polis wanita Muslim ini yang telah pertama kali menjadi pegawai polis bertudung di Sweden dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..Harap kita boleh mengambil teladan dengan ketabahan wanita ini =D




Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro


Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.


Beberapa tahun yang lalu, mengenakan tudung mungkin menjadi sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa pendebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.


"Saya membesar di Pitea kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.


Eljammal tidak berfikir untuk untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada guna untuk membukanya.


Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden.










Sumber: Sinar Islam