RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

3:27 pm
ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera kepada pembaca dan blogger yang Bro tabik spring! sebab sudi baca entri Bro.

Entri kali ini Bro nak tembak/headshot cikaro,balak,awek,boy,wanita,lelaki,pondan di luar sana yang perli , kutuk , atau kondem pelatih yang terpilih menyertai PLKN.

Tahniah Bro ucapkan pada yang terpilih sebab anda adalah antara yang bertuah..

jom layan entri ini..


 PLKN - Program Latihan Khidmat Negara. Bro rasa semua tau apa itu PLKN. Program khas yang dirangka oleh kerajaan untuk remaja bagi membina sahsiah diri dan memupuk patriotisme dan perpaduan kaum dikalangan mereka. Persoalannya di sini, masih relevankah program ini untuk diteruskan atau dimansuhkan sahaja.

Selepas SPM, Bro sangat berharap Bro terlepas dari nama yang wajib menyertai PLKN ni. Nasib kurang menyebelahi Bro dan  Bro terpilih ke PLKN ni. Tapi,yang menggembirakan semua rakan baikku  terlepas.

Sekarang,Bro terfikir kenapa kerajaan sanggup untuk berbelanja bagi merangka program macam ni. Apa kebaikan yang peserta dan negara boleh dapat. Sekarang baru Bro tahu, banyak kelebihan yang pelatih terpilih PLKN dapat.Kalau tak mohon,menyesal la korang.

Antara kebaikannya, kita boleh menambah lebih ramai awek kenalan yang mungkin akan kekal lama. Kita juga dapat belajar bagaimana cara menggunakan senjata dengan betul berbanding di sekolah dulu. Jadi kalau tiba-tiba Indonesia serang Malaysia, dapatlah kita menggunakan skill yang kita dapat tu. Dengan menyertai PLKN juga kita akan jadi lagi berdisiplin. bayangkanlah kalau lambat seminit di kem anda akan didenda dengan teruk sekali oleh jurulatih.huhu

Tiga rangka modul PLKN ialah 20% latihan asas ketenteraan,40% elemen Kenegaraan dan 40% elemen Khidmat Masyarakat. So lengkaplah model insan terpilih yang cuba diterapkan oleh kerajaan. Cuma Bro harap kerajaan tak wajibkanlah PLKN ni untuk pelajar perempuan. Banyak sangat kes dah jadi. So sesiapa yang dapat tu pergilah. Best apa dapat cuci baju sambil menari-nari ditepi sungai.haha..Cuba tanya sesiapa yang dah masuk PLKN..Kompom semuanya nak masuk lagi kalau diberi peluang,jangan pula tanya pada yang jenis anak manja,kompom katanya semua  tak best..Kepit bawah ketiak mak best..hahahaha

P/S: check di google, search untuk PLKN sungguh tinggi mencanak.