Pengacara TV Pijak Muka Dengan Kasut Tumit Tinggi?
KUALA LUMPUR – Seorang pengacara televisyen yang popular telah bertindak menyerang seorang wanita dengan memijak muka mangsa dengan kasut tumit tingginya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail pada awal pagi tadi, mangsa dikatakan sedang bergembira meraikan hari lahir seorang rakannya sebelum diserang oleh pengacara wanita berusia 28 tahun itu.
Menurut laporan dari laman myMetro.com.my, mangsa telah dihampiri oleh seorang wanita yang tidak dikenali di pusat hiburan tersebut dan bertanyakan sama ada dia pernah menyakiti atau mengkasari sesiapa.
Mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 20’an itu terpiga-piga dengan soalan tersebut menafikan dakwaan itu dan mendiamkan diri sebelum ditampar oleh seorang lelaki bertubuh sasa sehingga menyebabkannya terjatuh.
“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.
“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” kata satu sumber yang memberitahu laman berita itu mengenai insiden ganas tersebut.
Wanita itu terpaksa dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapat rawatan segera setelah dicederakan di bahagian kepala dipercayai akibat dipijak dengan kasut tumit tinggi selebriti wanita tersebut kemudiaannya.
Sumber myMetro tidak mendedahkan nama pengacara itu, namun menjelaskan bahawa wanita pernah bergelar pelakon dan membintangi beberapa siri drama serta telefilem.
sumber:MyNewsHub