CHRISTCHURCH: Pelajar Arab Saudi yang menikam sepupunya berulang kali
dengan serpihan kaca lampu dalam bilik sebuah hotel di Queenstown
didenda AS$3000 (RM9,000).
Abdulraham Tariq Alghamdi, 19, didakwa mencederakan dengan niat dalam
kejadian yang berlaku Februari lalu di Hotel The Mercure, walaupun
ketika kejadian dia dalam keadaan mabuk.
Pelajar kursus bahasa Inggeris di Christchurch itu mengaku bersalah dan diberi amaran hukuman penjara.
Abdulraham pergi ke Queenstown dengan mangsa, Osama Mohammed Eidah, 21, dan dua lagi rakan lelaki.
Kedua-duanya
keluar untuk minum dan kembali ke hotel sebelum pergaduhan tercetus
apabila Abdulraham mahu berpatah semula ke pusat bandar.
Pelajar itu yang tidak mempunyai kesalahan jenayah lain sebelum ini,
akan dihantar pulang ke negara asalnya beberapa hari lagi. - Metro