RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

7:55 pm

LOS ANGELES: Penyanyi Jennifer Lopez dilaporkan memanggil bekas suaminya yang penyanyi dan aktor Marc Anthony dengan gelaran ‘khinzir’ pada sebuah program televisyen, baru-baru ini.


Laman web contactmusic.com melaporkan, Lopez memanggil gelaran itu sebagai respons kepada tindakan Anthony yang memanggil dua penari dalam program pencarian bakat, Q’Viva! The Chosen sebagai kekasih hatinya.

Difahamkan, Anthony terlalu teruja ketika melihat aksi dua penari tersebut sehingga memanggil mereka dengan gelaran itu.

“Mereka (dua penari) adalah buah hati... kekasih-kekasih hati saya,” yang sekaligus membangkitkan kemarahan kepada Lopez sehingga mengeluarkan kenyataan, “Kau (Anthony) adalah khnizir!”

Pasangan itu berpisah pada Julai 2011.

Walaupun kedua-duanya sudah menemui kekasih baru, mereka masih berkawan dan menjadi rakan kongsi perniagaan.