RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

4:51 pm

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga tsunami setinggi 80 sentimeter melanda pantai Indonesia berikutan gempa berukuran 8.7 magnitud berlaku di luar pantai Pulau Sumatera, semalam.
“Kami hanya mencatatkan tsunami kecil,” kata Said Kristiawan dari Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Menurutnya, catatan tertinggi ialah di Meulaboh, barat Aceh yang setinggi 80 sentimeter.
Semua catatan itu dilakukan pada jam 6.04 (waktu Malaysia), tidak lama selepas gempa berlaku.

Sementara itu, tsunami yang melanda pantai Thailand juga kecil.

Menteri Penerangan dan Komunikasi, Anudith Nakornthap memberitahu sidang akhbar, ombak setinggi 10 sentimeter dicatatjkan di kawasan terpencil, Koh Miang, satu daripada kepulauan Similan di Laut Andaman.Kawasan tumpuan pelancong itu terjejas teruk akibat tsunami pada 2004. 

sumber: abang metro