Dr Hasan Ali dedah video murtad
Sayang sikit,Datuk Dr Hasan Ali tidak membenarkan media menyiarkan video pengakuan seorang lelaki dan wanita Melayu mengenai gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini yang ditayang beliau kepada media tengahari Isnin.
Jika tidak tentu orangramai dapat mengikuti sendiri dari dekat bagaimana macam-macam taktik digunakan oleh gerakan ini untuk tujuan itu.
Bekas Exco Selangor itu tidak membenarkan media menyedut video itu untuk ditayang semula kerana ia melibatkan soal kerahsiaan identiti orang yang membuat pengakuan itu.
Ramai wartawan dan jurugambar hadir pada sidang media berkenaan yang diadakan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur.