RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

12:08 pm
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca dan blogger entry kali ini melibatkan Pengacara program televisyen TV3 Melodi, Khaidhirah Abu Zahar, 28, atau lebih dikenali sebagai Dira menafikan dia merupakan personaliti yang dikaitkan dengan kes memijak muka seorang wanita di sebuah pusat hiburan semalam.


Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.

"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi.