RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

4:57 pm

JAKARTA: Seorang wanita berusia 33 tahun, Juliana Lukman ditahan ketika cuba menyeludup serbuk methamphetamine ke penjara Cipinang di sini.


“Isnin lalu kira-kira jam 9 malam, Juliana membawa sebungkus beg plastik berisi murtabak bersama buah-buhan dan memberitahu pihak berkuasa penjara supaya menyerahkannya kepada seorang tahanan bernama Vony,” kata Ketua Unit Jenayah Jatinegara, Adjutan Komisioner Sukisno dalam kenyataan dipetik daripada Tribunnews.com, semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa penjara memeriksa bungkusan itu mereka menemui 10 gram serbuk methamphetamine. - JP