Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca dan blogger... fuh..seharian tak update blog rasa tak senang hatilah..ahaha..okeh... tanpa buang masa..entri kali ini Bro nak kongsikan satu cerita pasal lembu,, bukan Lembu NFC ok?hahaha..nak tahu.. layan entry ni sampai habis... zazzz...
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar beberapa penyembelih lembu daripada kalangan warga tempatan ke Australia bagi mempelajari sistem dan teknologi penyembelihan di negara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, penghantaran tersebut dibuat kerana negara terbabit sudah menghasilkan produk yang bukan sahaja halal tetapi terjamin kualitinya melalui penggunaan teknologi tinggi di pusat penyembelihan.
“Objektif utamanya (penghantaran penyembelih daging warga tempatan) adalah untuk kita belajar daripada sana serta lebih kepada menambahkan keyakinan pengguna kerana kita meletakkan orang kita di sana yang sudah pasti lebih memahami budaya serta aturan agama dalam konteks kita di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan daripada wakil Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia (Sichma) di sini, semalam. Katanya, setakat ini 30 penyembelih dikenal pasti untuk dihantar ke Australia secara kontrak dan proses penghantaran akan dijalankan selepas menyelesaikan beberapa isu teknikal.
“Kita perlu menyelesaikan terlebih dahulu perkara teknikal seperti dari segi kontrak, penempatan kerja mereka serta tempat tinggal keluarga sebelum boleh pergi ke sana dalam masa terdekat ini,” katanya.