RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sekali Lihat pasti tertawan,Cuma satu perkataan pantas muncul dalam fikiran. Cantik! Namun, cantik sahaja masih belum cukup untuk menghuraikan cerita di sebalik gahnya nama Hanis Zalikha Zainal Rashid ini.

Siapa dia? Apa istimewanya dia? Hentikanlah bertanya soalan-soalan begini kerana faktanya, wanita berusia 22 tahun ini sebenarnya sudah punya status tersendiri di mata dan perhatian mereka yang mengaku peminat setia Hanis Zalikha sejak tiga tahun lalu.


Siapa dia? Apa istimewanya dia? Hentikanlah bertanya soalan-soalan begini kerana faktanya, wanita berusia 22 tahun ini sebenarnya sudah punya status tersendiri di mata dan perhatian mereka yang mengaku peminat setia Hanis Zalikha sejak tiga tahun lalu.

Dikenali sebagai antara penulis blog popular tanah air, wanita yang mesra disapa dengan panggilan Hanis ini ada fenomenanya sendiri selepas aktif menulis blog dalam tempoh itu.


Kini, dia tak cuma memegang satu gelaran. Tuah Hanis sudah mula bercambah dari hari ke hari apabila dia kini mula dikenali sebagai seorang model, pelakon dan pengacara program televisyen.

Umpama sudah punya segala-galanya, Hanis dianggap memiliki kehidupan yang sempurna. Jadi mengapa perlu tamak merangkul semua gelaran dalam satu masa?

Itu andaian sesetengah pihak apabila melihat Hanis bagai terlalu mengejar populariti sehingga semua benda mahu dilakukannya serentak.

Sebagai pendatang baru, mungkin ada yang faham bahawa inilah masa yang sesuai untuk Hanis melakukan perkara yang disukai apalagi ketika kudrat mudanya masih ada.

Namun, tak semua orang boleh melihat satu perkara itu dengan pendapat dan pandangan yang sama.

Manusia berciri negatif pasti gemar mencari salah orang lain dan Hanis juga tidak terkecuali.

Menolak andaian dirinya tamak, Hanis memandang apa yang dilakukannya sekarang adalah rezeki yang datang tanpa diduga.

Saya bukan tamak, cuma saya buat apa sahaja yang termampu dilakukan sementara masih boleh. Lagipun inikan rezeki, “ katanya.



Mengaku pada awalnya tidak berminat dengan dunia lakonan, anak kedua daripada enam beradik ini tidak menyangka di tempat yang tidak disukainya inilah dia berdiri sekarang.

Mula berlakon dalam drama Memberku Hawa sebaris dengan pelakon Faezah Elai dan Nad Zainal, bakat Hanis kemudian dikembangkan menerusi filem Gangster Celop arahan Ahmad Idham.

Berkongsi perasaan ketika pertama kali menerima tawaran berlakon, kata Hanis, dia seboleh-bolehnya enggan terlibat dengan dunia lakonan kerana ada satu persepsi kurang senang baginya.

Sebenarnya, saya takut nak masuk dalam dunia lakonan walaupun saya seperti dapat meramalkan bahawa satu hari nanti lambat laun ia akan terjadi juga pada saya.

“Bukan apa, sejak aktif dalam bidang peragaan lagi dah ada yang tawarkan pada saya. Tapi saya selalu tolak sebab tak minat.

“Sampaikan ibu marah dan geram dengan saya sebab seringkali menghampakan permintaan mana-mana pengarah dan pihak produksi.

“Masa tu, apa yang saya fikir, dunia lakonan ni bukan untuk saya sebab saya memang tak berbakat. Jadi lebih baik beri peluang pada yang nak jadi pelakon.

Namun, selepas melihat kesungguhan Ahmad Idham, saya terbuka hati untuk cuba berlakon dan sekarang, saya berada di sini, “ katanya.

Pun begitu, cerita Hanis, Khalid Nazri yang merupakan adik kepada Ahmad Idham adalah pengarah yang berjaya membuka minatnya dalam dunia lakonan.

“Sejak berlakon dalam telemovie Mariam Kampung Putat, saya dah mula minat berlakon. Seronok bekerja dengan Khalid. Dia santai dan sempoi orangnya.

Tak tertekan dan dari situ saya sedar yang saya sudah mula meminati dunia lakonan berbanding dulu," katanya.

Tak apa, kritiklah

Menyedari bahawa masyarakat sering meletak jangkaan tinggi terhadap pendatang baru sepertinya, akui Hanis, dia tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Maka kerana itu, kata wanita berbintang Libra ini, dia tahu bahawa dia tidak dapat lari daripada kritikan.

Bagaimanapun, umpama sudah bersedia, kata Hanis, dia tidak kisah jika ada yang mahu mengata dan mengkritiknya kerana menganggap perkara itu bukan pertama kali perlu dihadapinya.

Biasalah, ada yang memuji, ada yang mengkritik. Saya tak kisah pun sebab saya tahu kritikan mereka ada baik dan buruknya.

“Sebenarnya, saya dah biasa kena kritik dan paling dekat dengan saya adalah menerusi dunia penulisan blog!



“Saya menulis dan orang mengkritik, saya dah biasa dengan semua itu. Ada keburukan bila popular datang dulu daripada lakonan.

“Saya dah popular menerusi dunia blog dan orang ramai kenal saya dengan itu. Jadi bila tiba-tiba saya berlakon dan mungkin lakonan saya tak capai jangkaan mereka, maka kritikanlah yang saya kena hadapi.

Kadang-kadang kritikan mereka agak kasar juga, tapi saya cuba untuk tidak fikirkannya dengan mendalam sangat, memang sikap saya begitu. Ambil kritikan yang perlu sahaja.

“Saya tak kisah sebab sebelum orang kritik, saya sendiri kritik lakonan saya. Tak pernah rasa puas hati. Rasanya, semua pelakon pun macam tu, “ ujarnya.

Terasing?

Sengaja melayangkan pertanyaan sama ada setakat ini dia menerima layanan yang baik atau tidak daripada kalangan penggiat seni dalam industri.

Bukan apa, kadangkala sebagai pendatang baru, tak ramai yang mahu menoleh atau melayan sangat. Biasalah, persepsi ‘budak baru’’ atau junior seakan sukar dikikis daripada mereka yang terlebih dahulu berada dalam industri.

Barangkali ada yang bimbang atau ‘goyang’’ dengan kehadiran muka-muka baru yang semakin lama semakin ramai mewarnai dunia hiburan kita.

Dalam riak wajah tenang, kata Hanis, dia bersyukur kerana setakat ini menerima layanan yang baik daripada teman-teman dalam industri.




1 Member Sempoi:

  1. saba jer lh k.anis oi :)
    biasalh mulut org kite mane bleh tutup kn ^_^

    ReplyDelete