RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

1:16 pm
Berikut merupakan soal jawab antara pesakit dan juga doktor.Ikuti soal jawab berikut untuk mengetahui simptom penyakit ini-Sempoicornerdisini.blogspot.com


SAYA baru berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin. Suatu hari, saya memeriksa payudara saya dan mendapati terdapat sesuatu yang keras sebesar duit syiling pada kedua-dua payudara saya. Ia berada di bahagian bawah payudara kiri dan di bahagian atas payudara kanan.

Adakah ia kanser payudara kerana saya tidak mengalami tanda awal kanser payudara.
UMI, 
Melaka. 



Jawapan dari doktor=--


SEBENARNYA kebanyakan kanser tidak mempunyai sebarang petanda atau simptom awal termasuk kanser payudara.

Tetapi anda perlu maklum bahawa ketulan itu sendiri ialah satu petanda penyakit payudara (termasuk kanser) walaupun ia tidak semestinya kanser.

Apa yang anda perlu lakukan ialah berjumpa doktor bahagian pembedahan am dan jika ada atau lebih berkemampuan, berjumpa dengan doktor pakar pembedahan am yang mempunyai pengkhususan pembedahan payudara. Doktor terbabit akan memeriksa akan ciri-ciri ketulan berkenaan serta petanda berkaitan lain yang terdapat pada payudara sehingga kawasan ketiak.

Selain itu, ujian imbasan ulrabunyi juga mungkin akan dilakukan. Jika perlu atau ia merisaukan anda, ketulan terbabit mungkin akan dibuang secara pembedahan dan dihantar untuk ujian pengesahan makmal. Kemungkinan ia fibroadenoma, jenis ketulan payudara bukan kanser yang sering dialami wanita seusia anda.

0 Member Sempoi:

Post a Comment