RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

4:47 pm
2
Mimpi Ular - Tafsiran Mimpi


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Post kali ini Bro nak ceritakan sedikit tentang tafsiran mimpi mengenai ular. Tiba-tiba terdetik hati pulak nak tahu pasal tafsiran mimpi mengenai ular bila tengok post seorang dari blogger kita nih.

 Lagipun sebelum ni,aku selalu je mimpi pasal ular. Mula-mula buat-buat tak layan je. Pastu bila dah banyak kali mimpi pasal ular,aku pun try la cari tafsiran tentang mimpi ni. Puas aku cari buku pasal tafsiran mimpi, saje nak tengok tafsiran die.

Nak kata percaya tu,tak la sampai 100% percaya. Lagipun ramai orang cakap mimpi ni mainan tidur je kan.huhu…pasal mimpi ular ni, aku selalu mimpi kena kejar pastu mimpi ular belit leher aku den pastu ular tu kne bunuh..tapi bukan aku yang bunuh, orang lain yang bunuh ular tu…

Memang takut gile. Tuhan je yang tahu. bukan sekali kena macam tu. Aduihh..cari punya cari,aku jumpa la tafsiran mimpi pasal ular ni.ni tafsiran die

Tafsiran mimpi mengenai ular :

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.

Wah..terkejut juga bila tengok tafsiran mimpi ni..ingatkan petanda buruk.kalau petanda buruk,aku akan cuba meyakinkan diri yang mimpi hanya mainan tidur..haha..rupa-rupanya ada kaitan tentang pasangan hidup.banyak buku tafsiran yang tulis akan dapat pasangan yang baik dan pasangan kita tu dah ada depan mata.lagi bertambah gembira la hidup aku.

Tapi yang peliknya,bila aku dah tau pasal tafsiran mimpi pasal ular ni, aku langsung dah tak mimpikan ular yang aku “harapkan” ni..haha.sedih2..

Pastu aku pun terfikir semula pasal tafsiran sebenar tu. Siapa la tak gembira kalau dapat pasangan yang baik kan, tapi layak ke aku kalau dapat pasangan yang soleh. Cerita yang aku kongsikan kat atas ni bukan isu utama yang aku ingin huraikan. Teringat pada ungkapan yang sering kudengar.

“Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w”.

Tersentak aku seketika. Kegembiraan aku tadi akhirnya membawa aku menelusuri segenap hati aku untuk mencari kembali dan menilai diri aku dengan cermin keikhlasan diri. Layakkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang indah,sesuatu yang aku harapkan dari seorang insan yang telah ditakdirkan untuk aku di Luh Mahfuz lagi?sedangkan aku sendiri tidak pasti adakah aku layak selayak Nabi Sulaiman untuk Balqis?Selayak Ibrahim untuk Hajar,seteguh Yusuf untuk Zulaikha dan sesempurna Rasulullah s.a.w untuk Khadijah?

“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”-Surah An-nur, ayat 26.

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu pasangannya seorang yang soleh/solehah. Sedangkan “perompak” pun menginginkan seorang isteri yang solehah. Tapi adakah cukup layak kita untuk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dengan pasangan impian kita berbekalkan apa yang kita ada sekarang?Untuk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yang kita fikirkan. Buat kaum Adam, andalah yang akan memimpin bahtera kehidupan keluarga bersama-sama dalam menempuh kehidupan dengan aman sejahtera di dunia dan di akhirat. dan, buat kaum hawa, andalah yang menjadi tiang para kaum adam untuk berjaya melayari bahteranya, bersediakah anda memberi sepenuh kasih, tumpuan, tenaga dan segala-galanya untuk para adammu?… Oleh itu,perlengkapkanlah diri dengan segala ilmu sebagai seorang pemimpin dan pengikut yang setia lagi sejahtera…Sekian.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)
Wallahualam.

(p/s:kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur…hehe)


sumber:turbo4cake

2 Member Sempoi:

  1. Aku pnah alami smua mimpi yg trsenarai kat atas ni..sebahagiannye aku dh dpt rase kesannyer dr tafsiran tu.. Tp aku x anggap tafsiran tu btl 100%, smuanya dtg dr Yg Maha Esa lah adanya..wallahualam

    ReplyDelete