RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 16 - 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
5 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
6 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi hijau thai
15 tangkai cili padi merah thai
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan ayam, kentang (toskan), serai dan bahan kisar dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang santan cair, dan masak hingga kentang 3/4 lembut. Tambah asam gelugor, dan tuang pati santan.
Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa dab secubit gula. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap dengan api sederhana sambik dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..

0 Member Sempoi:

Post a Comment