RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

1:20 am
1
Dipetik dari blogger double Y.. di sini saya ingin kongsi kepada anda hal sensitif yang kini semakin panas dan hangat diperkatakan di laman sesawang dan juga media politik kedua pihak. Di sini ada beberapa penjelasan mengenai hal ini.Ikuti selanjutnya.


Kita makin hampir dengan hari pembuangan undi 5 Mei 2013, pelbagai propaganda, tipu muslihat, tipu muslimah, tipu lebai janggut dan lakonan yang dihidangkan kepada rakyat. Namun semua helah mudah untuk dikesan jika kita selidik setiap kenyataan atau laporan berita yang disiarkan oleh lidah rasmi puak Pakatan Rosak (PR).

Pengundi Hantu!

Golongan Hantu yang meraih populariti setiap kali musim pilihanraya...

Isu yang tidak pernah ditinggalkan oleh pembangkang setiap kali musim pilihanraya kecil atau umum. Mereka hanya meninggalkan hantu-hantu ini sepi tanpa berita sebaik saja keputusan PRU 2008 diumumkan setelah  bapak hantu yakni pembangkang berjaya menguasai 4 buah negeri (5 termasuk Kuala Lumpur).

Selepas itu pengundi hantu timbul semula ketika kempen PRK Manek Urai hinggalah ke PRN Sarawak.

Kini misteri penerbangan MH8601 yang membawa 36,000 pengundi pula disebarkan media-media pembangkang, lebih kurang sama kes MismahGate, Kod 71 antara dua perkara yang berkaitan pengundi hantu.

Kedua-dua isu ini dijawab oleh blogger-blogger pro BN, kalau nak imbas memori boleh baca isu Mismah Gate rujuk : [Part 1 - Part 2]

Pendedahan mengenai kod 71 kononnya MyKad yang dikeluarkan oleh JPN bagi membolehkan  warga asing mengundi BN dalam PRU13 pula boleh dirujuk [Kod 71]

Misteri Penerbangan Malaysia Airlines MH8601, Realiti atau Ilusi?

Haprakah Daily media pembangkang melaporkan berita rekayasa berikut :


36,000 tuuu....!

Mari kita selidik benarkah dakwaan pembangkang ini atau ia hanya ilusi mereka?

Disebabkan tarikh 2 Mei dan 4 Mei belum tiba, kita semak maklumat penerbangan Malaysia Airlines Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada tarikh 27 April hingga 30 April iaitu hari ini.

Adakah rekod penerbangan MH8601 yang membawa pengundi hantu sebagaimana didakwa?

Berdasarkan rekod penerbangan MAS bertarikh 27 April sehingga hari ini iaitu 30 April dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur jelas tiada penerbangan bernombor MH8601. Jika ditempah khas kenapa tiada dalam rekod perjalanan pesawat MAS pada hari yang dinyatakan?





Dari 27 April hingga 30 April tiada penerbangan pesawat MH8601 sebagaimana didakwa oleh PAS, jadi tidak hairanlah jika pesawat yang membawa hantu-hantu tidak mendarat sehingga jam 11.30 pagi, kerana tak wujud pun penerbangan tersebut!

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor kena kencing atau banyak telan pil kuda?

Jika benar maklumat daripada pihak dalaman MAS sila dedahkan, kenapa hanya artikel berita sahaja yang disiarkan tanpa sebarang jadual atau rekod penerbangan?

Perkara yang membuatkan saya ketawa terbahak-bahak mengenai Jaafar Shamsuddin apabila dia berkata "kita percaya terdapat pihak tertentu yang mengawal & mengubah penerbangan daripada terus dikesan pihak kita".

Kahkahkahkah!

Jika ada pihak mengubah penerbangan sekalipun, mana mungkin pihak yang dimaksudkan mampu menyorok sebuah pesawat yang besar gedabak daripada dikesan oleh mata-mata manusia yang berada di sekitar airport!

Laporan berita yang tidak disertakan maklumat sahih, dimainkan secara tersusun oleh pemimpin-pemimpin PAS termasuk blogger mereka bertujuan untuk memberikan persepsi kononnya BN menggunakan taktik kotor.


Penduduk Tetap Tidak Sama Taraf Warganegara

Lagi pun mana-mana individu yang memegang taraf Penduduk Tetap tidak boleh mengundi kerana mereka bukan Warganegara. Nak mengundi bawa MyKas belum sempat hulur MyKas dah kena halau dek petugas SPR!

Sebab perbezaan MyKas dengan MyKad amat ketara :

dan ini adalah MYKAS


Saudara-saudara sekalian, tujuan isu ini dimainkan menjelang 5 hari sebelum pengundian adalah kerana isu ini akan dijadikan alasan jika keputusan PRU13 kelak tidak memihak kepada mereka.

Waktu itu segala agensi dipersalahkan SPR, JPN, KDN, hatta MAS akan dipersalahkan oleh pembangkang. Semua penumpang dari Sabah yang ke Kuala Lumpur untuk tujuan lain juga dipersalahkan dan dituduh pengundi hantu.

Alahai!

Mereka ulang perkara yang sama, benda yang sama cuma tukang bawa cerita dan versi cerita saja dipusing-pusing, tak percaya, lihat antara contoh laporan berbentuk persepsi menjelang PRU12.



bro,
sebenarnya ade kekhilafan dalam penulisan bro tentang pesawat MAS MH8601 itu.
sebenarnya pesawat itu bukanlah dari jenis Boeng or Airbus. sebab itu ia tidak direkodkan dalam penerbangan MAS.
pesawat yg didakwa membawa pengundi hantu ini adalah dari jenis TIKAR TERBANG. sememangnya hanya tikar terbang yg mampu membawa hantu2 ni ke semenanjung bro...haha


sumber: blog double Y






1 Member Sempoi:

  1. Superb, what a website it is! This website provides helpful data to us, keep it up.


    Check out my homepage: click here

    ReplyDelete