Puratanya manusia normal bersin palinh maksima adalah 6 hingga 7 kali sehari.Tetapi apa yang berlaku pada gadis ini adalah kes yang sangat-sangat ganjil.
Jika dilihat pada fizikal,dia kelihatan sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.tetapi apa yang membezakan gadis ini dengan kanak-kanak yang lain ialah penyakit bersin yang dialaminya ini.Inilah Lauren Johnson yang mengalami simptom bersin sebanyak 12 ribu kali sehari.
Mengikut anggaran,dia akan bersin lebih 20 kali dalam masa seminit.
Itulah situasi yang perlu dilalui dan dihadapi setiap hari oleh gadis yang berasal dari Virginia,Amerika Syarikat ini.Menurut ibu kepada Lauren,Lynn Johnson,fenomena pelik menimpa anaknya ini bermula daripada selsema yang dihadapinya selama 2 minggu.Ktika itu Lauren hanya bersin seperti biasa.
Namun apabila selsemanya hilang,bersinnya masih lagi ada malah semakin menjadi-jadi.Jelas Lynn lagi,symptom bersin berterusan ini bukan sahaja membimbangkan anaknya,malah dia turut berasa bimbangsetiap kali mendengar anaknya bersin.Ekorang daripada simptom itu,Lauren terpaksa menangguhkan persekolahan sehingga kesihatannya benar-benar pulih.
Sepanjang tempoh itu,semakin berkurang kerana waktu makannya sering terganggu akibat bersin yang tidak henti-henti.Jelas Lauren,dia hanya berasa selesa ketika waktu tidur sahajakerana waktu itulah dia tidak mengalami sebarang bersin.
"Persoalannya,mengapa bersin Lauren menjadi begitu kritikal????"
Perbincangan mengenai fenomena initelah mendapat perhatian ramai ahli perubatan di seluruh dunia.Namun apa yang membingunkan,sehingga kini para doktor yang merawatnya masih belum dapat memastikan jenis penyakit yang dihadapi Lauren.Walaupun begitu,para doktor menyifatkan Lauren mengalami sindrom 'machine gun sneezing".
Bagaimanapun menurut Dr. Esa Rejab,Pakar Perunding dan Bedah penyakit Hidung ,telinga dan tekak dari klinik Pakar ENT Esa,menjelaskan istilah 'machine gun sneezing' ini diguna pakai bagi merujuk kepda fenomena yang dialami Lauren dan ia bukanlah terminologi yang merujuk kepada penyakit yang dihadapinya.
Pada umunya bersin bukanlah sesuatu yang serius tetapi kadangkala boleh menganggu jika kerap berlaku.Walaupun begitu,bersin adalah perkara normal bagi setiap individu.Kebiasaanya setiap individu akan bersin lima ke enam kali sehari dan paling maksimum ialah 7 kali sehari dan keadaan ini bergantung kepada persekitaran dimana seseorang itu berada.
Jelas Dr. Esa lagi,bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mngeluarkan bahan iritasi/kuman dari hidung .Ia juga merupakan hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan.
Ketika bersin,udara kotor keluar dengan laju dan boleh mencapai tahap kelajuan sehingga 161 kilometer sejam.
Kata Dr. Esa lagi,fenomena anormali yang berlaku terhadap Lauren ini adalah pelikdan sangat jarang berlaku . Ia menunjukkan rangsangan saraf di bahagian muka Lauren begitu tinggi.Jelas Dr. Esa,Lauren mungkin menghadapi simptom alergi yang begitu kritikal dan juga jangkitan virus yang setakat ini masih belumdapat dikesan.
Penyebab kepada alergi ini boleh berlaku dalam banyak situasi.Kebiasaanya di kawasan persekitaran yang berdebu,berasap dan lain-lain lagi.Manakala jangkitan virus pula mengakibatkan kita mengalami selsema dan demam dan gangguan di saluran pernafasan yang juga penyebab berlakunya bersin.Walaupun begitu,alahan yang dialami setiap individu adalah berbeza.
Ekoran itu,Dr. Esa menjelaskan,alergi dan jangkitan virus yang tidak disedari kemungkinan menjadi faktor yang paling tepat bagi fenomena ini.Tetapi Dr. Esa tidak menolak sekiranya terdapat gangguan lain terutamanya di bahagian pernafasan.
Oleh itu,jelas Dr. Esa,mengenal pasti punca masalah adalah langkah pencegahan utama yang paling berkesan.
Walaupun terdapatnya rawatan seperti ubat Antihistamina dan semburan hidung (Nasal Decongestants) dari ubat steroid yang digunakan untuk bersin akibat alergi,ia hanyalah memberi kelegaan sementara.Tetapi jika kedua kaedah ini dilakukan secara berpanjangan,ia akan mungkin menjadi lebih teruk.
0 Member Sempoi:
Post a Comment