RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

5:53 pm
"Ingatlah wahai Dawawi ibni Maryam,apabila datang kepada kamu kedua malaikat kepada kamu,Munkar dan Nankir,yang menyerupai kamu,maka janganlah kamu berdukacita atau risau,janganlah kamu gentar dan takut serta janganlah kamu susah hati dan terkejut.Ketahuilah,wahai Dawawi ibni Maryam,bahwasanya Munkar dan Nankir itu hamba Allah Taala,sebagai mana kamu juga hamba Allah Taala.Apabila mereka menyuruh kamu duduk,mereka akan menyoal kamu"

"Mereka berkata: "Siapakah tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?dan Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?"

"Dimasa itu,hendaklah kamu menjwab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang,tepat dan betul.Janganlah berasa gementar,janganlah cuak,biarlah tenang dan berhati-hati.

Sebuah kisah untuk tatapan dan renungan kita bersama...


GELAP!!!!  "Aku dimana?Mengapa sekelilingku hanya hitam?"Dawawi tertanya tanya didalam hati.Dia sekadar berpusing-pusing dalam ruangan hitam pekat itu.Ruang itu panas,sempit dan tidak selesa.Dia mahu keluar dari situ,tapi tidak nampak sebarang jalan.

"lailahailla anta subhanaka inni kuntuminal zhaalimin..."
    Sayup-sayup dia terdengar bacaan talkin yang sudah selesai dibacakan.Kenapa ada orang baca talkin?Siapa yg mati?

    Dawawi tidak nampak,namun dia dapat mendengar suara para jemaah,mula bangun hendak melangkah pergi meninggalkan kubur.

Tiba-tiba...

Dumm!!!
Bunyi derapan kaki jemaah melangkah bergema sangat kuat.Setiap kali kaki yang melangkah itu mencecah tanah,bunyinya kuat bak halilintar membelah bumi.Suasana bergegar bagai dilanda gempa

"dumm!!! dumm!!!"

"Arghh sakit!!sakitt!!!"

   Dawawi menutup kedua dua belah telinganya,tidak tahan mendengar bunyi yang sungguh kuat itu.Serasa hendak pecah gegendang telinganya.Bunyi itu terus bergema.Tidak lama,hanya tujuh kali.Selepas kali ketujuh,keadaan menjadi sunyi sepi.Dawawi memandang sekelilingnya,hanya hitam ,pekat.Kemudian..

Srett....srett....!

"Apa tu?" Dawawi mengigil ketakutan.Itu bunyi seakan rantai besi yang diseret diatas lantai.desingan bunyi rantai itu sangat mengerikan.

Tiba-tiba dari hadapannya,muncul dua orang laki berjubah putih dan berserban.Kedua-duanya tampak sama,tidak tua,tidak muda.Sambil berjalan menuju ke arah Dawawi,tangan kedua-dua lelaki itu menyeret rantai besi sebesar lengan.Besi itu sangat panjang hingga tidak nampak langsung penghujungnya.

   Sampai didepan Dawawi,kedua-dua lelaki itu berhenti.Lalu lelaki itu bertanya: "MA RABBUKA!"Suara lelaki itu bergema,bagai bergoncang seisi alam.

"Aku tak tahu!Aku tahu! Tolong keluarkan aku dari sini!"Hanya itu yang dijawab Dawawi.

Zasss!!!!!!!!!!!!

Salah seorang lelaki mengayunkan rantai ditangannya ke arah Dawawi.Rantai itu melilitnya dari atas sampai kebawah,kemudian bergulung gulung membenamkan Dawawi jauh kedalam lapisan tanah.

"sakit!!sakit!!Tolong aku Ya Allah!! ...Sakit!!" Dawawi menjerit sekuat hati.Tidak terperi sakitnya apabila rantai itu dilibas membelit tubuhnya.Terasa dagingnya disiat-siat hingga berkecai.Dalam keadaan dia meronta-ronta kesakitan,tiba-tiba kedua dua lelaki itu muncul semula di depannya.Kali ini mereka bertanya lagi: "MA NABIYYUKA!"

Kisah Dawawi mati hidup semula akibat merempit memberi
kesedaran kepada anak muda
di kampung mereka

 "Tak Tahu!!Aku tak tahu,tolong jangan seksa aku.Tolong aku Ya Allah,"Dawawin merayu.

Tapi tiada siapa yang peduli.Sekali lagi lelaki itu melibaskan rantai ditangannya maka terbenanmlah ia ke dasar tanah.Sakitnya tidak mampu digambarkan apabila tubuh Dawawin terbelit dikelar untaian besi panas itu.

Dan selepas merasai kesakitan yang maha dahsyat itu,lelaki itu akan terus muncul didepannya lagi.Setiap kali itu juga,lelaki itu bertanya lagi-MA DINNUKA,MA KIBLATUKA,MA IMAMMUKA,MA IKHWANUKA.

Setiap kali ditanya,setiap kali itu jugalah Dawawin menjawab tidak tahu.Bukan Dawawin tidak faham.Walaupun kesemua soalan dalam bahasa arab,Dawawin faham ertinya.Tapi entah kenapa,Dawawin tidak mampu menjawab semua soalan itu.

Sebaik Dawawin menjawab "Tidak Tahu",maka dilibas besi di tangan lelaki itu,Bunyinya berdesing membelah bumi menjadi serpihan kecil.Dawawi akan terhumban lagi kedalam tujuh lapisan tanah.

"Ya Allah...Sakitnya...sakit!! Tolong aku Ya Allah,aku bertaubat!Aku taubat!! Aku memohon ampun darimu Ya Allah!!"

    Setiap kali terhumban jauh kedalam tanah,Dawawi terasa sudah "mati" dan kemudian bagai dihidupkan semula di depan lelaki tadi.Bagai pita rakaman yang diulang-ulang.


   Setelah habis kesemua soalan itu,tiba-tiba sahaja Dawawi sudah ada didalam sungai.Tubuhnya lemah tidak bermaya,Hanya membiarkan air sungai menghanyutkan tubuhnya yang dipenuhi kesan kelar akibat libasan besi tadi.

   Sangkanya sudah selamat daripada seksaan kedua lelaki itu.Tapi,dalam keadaan tidak bermaya itu,sekali lagi telinganya menangkap bunyi yang sama,bunyi besi diseret.

   Dawawi menangis ketakutan."Ampunkan aku Ya Allah.Aku banyak dosa,tolong aku Ya Allah.Bantu aku,aku mohon Ya Allah.Aku janji aku bertaubat padamu Ya Allah"Dawawi terus merintih dlam tangisannya.

"MA RABBUKA!" Suara lelaki berjubah itu bergema lagi.

Dawawi hanya mampu menangis dan menggelengkan kepala.Lalu besi itu dilibas kepadanya.Dawawi terus melolong kesakitan.Padangannya gelap gelita.

*************************************************.********************************

Orang Ramai mula berpusu-pusu berkerumun dikawasan perkuburan itu.Ramai yang datang.Tiada kematian mahupun jenazah untuk ditanam.Mereka hadir kerana teruja untuk melihat sesuatu.Mereka ingin menyaksikan sebuah kubur berusia 3 hari digali semula.

   Dalam kerumunan itu,Mus turus hadir.Mana mungkin Mus tidak hadir.Kubur yang hendak digali itu ialah kubur Dawawi,sahabat karibnya sejak kecil lagi.

    Mus dapat tahu pun pagi tadi,Kecoh sekampung apabila tersebar berita keluarga arwah mahu kuburnya dikorek semula.

    "Sejak arwah dikebumikan,sudah tiga malam berturut-turut ibunya bermimpi.Dawawi menangis dan memberitahu dia masih hidup dan minta dikeluarkan dari kubur.Sebab itu ibunya berkeras meminta abang arwah dapatkan surat perintah untuk mengorek semual kubur tu"beritahu seorang rakan kepada Mus.

   Memang mengejutkan,mana mungkin orang yang telah disahkan doktor mati boleh hidup semula.apatah lagi setelah 3 hari ditanam didalam tanah.Tidak mungkin!

   "Hilang anak,dah tentu sedih.Terbayang-bayang lagi terasa seperti anaknya masih hidup lagi.Biarlah dikorek supaya tenanglah hati ibunya nanti"begitu pula kata orang kampung.Tak kurang juga orang kata itu kerja gila.Menyeksa mayat

    Sampailah masa untuk kubur Dawawi digali semula.Surat pelepasan mahkamah sudah dilulus,polis dan doktor turut hadir sebagai saksi perundangan.

     Bermulalah penggalian itu.Sedikit demi sedikit tanah yang masih belum mampat itu disodok keluar.Ia terus digali hinggalah jenazah kelihatan.

"Masya Allah! Astagfirullah!..."
Apabila jenazah diangkat keluar ,semua yang ada disitu mengucap panjang,termasuk juga Mus yang berada di tepi kubur itu.Ramai yang terjegil biji mata,ternganga mulut tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka.

  Kain kapan yang membalut tubuh Dawawi koyak rabak seperti dicarik-carik.Dan tubuh Dawawi penuh dengan kesan torehan.Luka itu garisannya memanjang.Lukanya dalam hingga nampak daging,namun tidak berdarah.Semua yang hadir terkejut.Bagaimana kain kapan jenazah yangtiga hari ditanam disiat-siat begitu?sedangkan ketika dikapankan,tubuh jenazah elok sahaja?

"Dia hidup lagi!" itu kata doktor sebaik memeriksa nadi "mayat" di depannya.Nadinya sangat lemah,namun disahkan masih hidup!

 Dawawi dikejarkan ke hospital.Ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) ,Dawawi koma.Hanya selepas 3 bulan terlantar.Hanya selepas 3 bulan terlantar,barulah Dawawi sedar.Sebaik sedar,air matanya terus berjuraian....
~sempoicornersini.blogspot.com~
*********************************************************************************

Untuk pengetahuan anda,sewaktu Dawawi terjerit terlolong didalam sungai kerana dilibas dengan rantai besi.Pandangannya terus gelap.Dan apabila ia membuka mata,itulah wktunya Dawawi sedar daripada koma.Kerana itulah ia menangis.

Selama enam bulan Dawawi tinggal di hospital untuk merawat luka-lukanya.Kata doktor,mujurlah kedalaman lukanya itu tidak mengenai organ dalaman.Sebab itu Dawawi masih selamat.

    Ramai yang hairan dan tertanya-tanya bagaimana Dawawi mendapat luka sebegitu.Apakah sebenarnya yang telah berlaku semasa dia di dalam kubur?Namun Dawawi hanya diam membisu.Adakalanya dia hanya menjawab dengan tangisan.

    Sejak sedar,perangai Dawawi berubah.Dia jadi pendiam,banyak termenung dan menangis.Dia kemudian mendekatkan diri dengan agama.

    Tuturnya berubah,sikapnya lembut,segala perangai setan sebelumnnya tidak dilakukan lagi.Ibaratnya Dawawi yang dulu jahat kini berubah baik.Sebagai sahabat karib,puas juga saya bertanya tentang "pengalaman beliau di alam sana,tapi Dawawi tetap membisu.

     Hanya selepas hampir setahun memujuk,barulah Dawawi terbuka hati untuk bercerita.Katanya kepada kami: "Jika korang rasa apa yg aku rasa sewaktu "di sana" dulu,sungguh korang tak akan melakukan perkara yg mendatangkan dosa dalam hidup!"

     Dan dalam sedu-sedannya,Dawawi menceritakan pengalaman melalui perit seksaan kubur itu.Ia bagaikan satu trauma dalam dirinya.Setiap malam sewaktu hendak tidur,seolah-olah masih bergema pertanyaan munkar dan nakir (kedua lelaki berjubah putih) itu.Kami yang mendengarnya turut menangis sama.

Walaubagaimanapun.tempoh Dawawi hidup tidak lama.Hanya 3 tahun.Selama tempoh itu,dia tidak pernah mensia-siakan hidupnya.Setiap masa diisi dengan amal ibadah.

'Aku takut jika aku mati lagi,amal ibadahku tidak cukup untuk membantuku disana,"Kata Dawawi.

Selepas 3 tahun,Dawawi akhirnya benar-benar pergi tidak kembali lagi.Dia meninggal dalam tidur selepas menunaikan solat malam  ketika menunggu tiba waktu Subuh.

Kembalinya Dawawi dari alam kubur banyak menginsafkan kami.Saya sendiri turut berubah,meninggalkan perkara yang sia-sia yang kami lakukan sebelum itu.Malah,sehingga kini,Dawawilah menjadi benteng kepada saya daripada saya terjerumus kepada godaan syaitan.

Benarlah kata orang,seksaan kubur itu bukaan rekaan.Kedatangan Mungkar dan Nankir itu pasti,pukulan rantai besi yanga membenam jasad kedalam  tanah juga sesuatu yang benar.

Saya bersyukur Dawawi hidup kembali.Jika tidak,mungkin saya dan rakan lain akan lebih jauh tersasart mengikut hati muda waktu itu.
~sempoicornersini.blogspot.com~
*********************************************************************************
Kisah ini diceritakan oleh teman baik arwah Dawawi yang hanya mahu dikenali sebagai Mus.Dawawi ketika itu berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia apabila terpelanting setelah terbabas sewaktu merempit,berluma bersama rakan-rakan sekampung termasuk Mus sekali.

Tida hari setelah dikebumikan,kuburnya digali semula dan "Dawawi" dihidupkan kembali,membawa kisah dan bukti sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup.Hanya 3 tahun Dawawi di"hidupkan" semual sebelum meninggal dalam tidur.

Kisah Dawawi yang mati hidup semula dengan tubuh dipenuhi kesan torehan pernahkan menggemparkan sebuah perkampungan di Perak pada penghujung 80-an dulu. 

0 Member Sempoi:

Post a Comment