Kalau datang lewat tu bolehla diterima akal kalau nak dipecat pun,kan?tapi situasi yang bro nak kongsi pada anda ini agak pelik lah.Situasi di mana seorang pekerja dipecat kerana datang ke tempat kerja 15 minit lebih awal.Haha.. macam-macam hal lah!
Seorang remaja , Sam Green Jeffries (15 tahun), bergegas bangun untuk melakukan pekerjaannya sebagai penjual suratkhabar. Jam 6.45 dia sudah mula berbasikal , melempar surat khabar di depan rumah pelanggan-pelanggan setianya.
Kerja separuh masa ini dilakukan Sam sebelum berangkat ke sekolah.
Suatu hari, Green Jeffries (ibu Sam) mendapat surat panggilan dari Pejabat Tenaga Kerja Kanak-Kanak di Worcestershire County Council. Beliau terkejut kerana mendapat teguran keras: mengizinkan salah seorang anaknya – Sam – bekerja 15 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan.
“Saya sudah mendidik anak-anak saya untuk bekerja keras dan menghargai waktu sedari usia begini. Saya tidak ingin mereka kelak menjadi seperti remaja-remaja zaman sekarang yang hanya boleh menimbulkan masalah bagi keluarga dan orang lain…”
Alasan yang sangat masuk akal.
Namun undang-undang (UU) tetap melarang Sam untuk bekerja sebelum jam 07.00 pagi. Sam memulakan kerja awal, kerana jika dia mula bekerja jam 07.00 bererti dia akan terlambat tiba di sekolah.
Dia pun dipecat kerana mula kerja 15 minit lebih awal.
Walaupun dibuang kerja, Sam diberikan anugerah kecemerlangan prestasi oleh Neil Jagger,
Pengarah Operasi Mail Newspaper
Sam telah memulakan kerja ini sejak 2008 lagi, majikanya sangat senang dan suka dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh Sam, dan ramai pelanggan sukakan Sam kerana sifat ramah dan ringan tulangnya.
Banyak pelanggan Sam yang akhirnya mengajukan protes ke Pejabat Tenaga Kerja, meminta agar undang-undang tersebut dinilai kembali dan disesuaikan dengan kehidupan. Mereka berpendapat, Sam akan memberikan contoh dan teladan bagi anak-anak lain seusianya; bekerja keras, menghargai waktu dan disiplin.
Dewan Kota akan mempertimbangkan untuk melakukan kajian semula, keputusan hanya akan dibuat pada hujung tahun 2012 atau 2013.
Berikut adalah Undang-undang yang harus dipatuhi bagi kanak-kanak yang ingin bekerja:
1) Setiap syarikat yang menggaji kanak-kanak di bawah 16 harus mengetahui undang-undang Tenaga Kerja Kanak-Kanak.
2) Hanya kanak-kanakberusia 13 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan bekerja dan telah mendapat pengesahan dari ketua setempat ( Jika di Malaysia seperti ketua kampung)
3) Kanak-kanak tersebut haruslah membuktikan status kesihatanya dari hospital.
4) Kanak-kanak ini hanya dibenarkan bekerja diantara jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam dan mereka berhak mendapat cuti musim panas selama 2 minggu.
agensi.
0 Member Sempoi:
Post a Comment