Nak main game ni tak salah sebenarnya.Tapi janganlah taksub sampai membahayakan nyawa sendiri.Janganla main sampai tak makan,tak minum dan tak tidur sehingga diluar batas normal manusia yang akhirnya membawa kepada kematian! hah.Anggap apa yang dikongsikan ini sebagai pengajaran.
Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan.
Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.
Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Ini adalah video laporan mengenai kematian remaja ini:
Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya.
Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama.
Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.
Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer.
Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Member Sempoi:
Post a Comment